Salmun a’laik..
Petang ini hati aku rasa tenang lepas dapat
panggilan daripada Siti, kami saling bertanyakan khabar mesra macam dulu masa
kami di Kolej Islam. Kami rancak berbual tentang Nadia yang bakal bernikah
hujung minggu ni tiba-tiba Siti bagi aku soalan yang aku rasa susah nak jawab
lebih susah dari soalan SPM. “ Kau macam mana , dah dapat pengganti ?”
aduhai...sukar aku ungkap soalan itu. Akhirnya, aku bercerita apa yang aku
pendamkan hampir 10 bulan ni...agak keberatan tapi Siti lah satu satunya yang
aku fikir dapat meringankan hati yang kian sarat dengan perasaan cinta dalam
masa yang sama dihimpit kegalauan. Siti memberi semangat buat aku agar berterus
terang dengan mu tak cukup bagi pendapat Siti menasihati aku lakukan istikharah
sebelum kau pulang dari ibadah haji dua minggu lagi. Aku pejamkan mata seketika
meraih sedikit kekuatan tapi wajah mu yang menjelma terasa damai di hati....erm
inikah cinta ???
Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana syabab
kerana cinta dulu. Aku menghalang dirikudari mengenali mana-mana syabab kerana
aku tidak mahu mengenali lelaki lain selain dia, apatah lagi memahami mereka.
Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan
bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki.
Bukan ingin menyombong tetapi lebih baik aku menjaga diri kerana contoh banyak
di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mana-mana syabab, akan aku
menjaga batas dan adab demi maruah seorang muslimah. Akan aku palingkan wajahku dengan shabab lain Aku
seboleh-bolehnya melarikan pandangan ku daripada ajnabi kerana pesan ‘Aisyah
R.A :
“ Sebaik-baik wanita yang memandang dan
dipandang.”
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki.
Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman lelaki
sedangkan hatiku hanya untuk mu sorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan
leleki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku barang
yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan
seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang
tidak dapat kuberikan.
Bagaimana akan aku jawab dihadapan Allah kelak
andai disoal ?
Aku tidak mahu menjadi duri yang melukakan
hati-hati ikhlas namun tiadalah daya ku untuk menolak cinta ini. Menyintai mu
adalah anugerah Allah.
Kalau aku
tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan
pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana
itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi
suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik dan beramal hanya kerana
Allah.
bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak dapat aku nafikan, sebagai seorang perempuan aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.
Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila ada syabab secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara hemah menolak agar terhidar permusuhan sesame saudara. Ku akui sebelum ini ada insa n yang bertahta dihati ini..ya, aku amat menyintainya kerana dialah lelaki pertama yang aku tertaut pada cintanya kerana Allah. Segala-galanya di tangan Allah aku redh dengan takdir yang telah tertulis cinta itu terpaksa ku pulangkan ke langit tenang bersemadi dalam keredhaan. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kekeliruan apakah kau pengganti dirinya atau bayangan dirinya yang ku gelar ‘Sang Putra’ semata. Aku beristighfar memohon petunjuk-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada kekaburan ini. Kehadiran diri mu bagai memberi nafas baru dalam hidujp ku, membuka segenap ruang hati yang telah lama ku biar tertutup, tiada siapa yang bisa menggantikan tempatnya di dalam hati ku inilah kata-kata ku suatu masa dulu. Ya, benar tiada lelaki yang dapat memiliki hatiku sepenuhnya seperti mana dia berjaya menggenggam cinta ku dengan kalimah suci hanya kerana Allah demi sahaja mengingati kata-kata ku itu ‘Subhanallah’ lantas aku mengungkapkan puji-pujian buat Pemilik cinta yang agung, kini hati ku terbuka kembali untuk sebuah cinta bukan berpaling dari cinta Sang Putra tetapi inilah kuasa Allah dalam perjalanan melenyapkan duka bukan niat ingin membuang cinta dulu, jauh sekali ingin melupakan bagi ku cinta dulu bagai di syurga indah walau seketika tapi meninggalkan kesan yang tak mungkin hilang berkasnya. Hadirmu hanya untuk membantu, masih segar kata-katamu membisik kehadiran mu hari ini demi menghapus air mata ku dan mengukir kembali senyum ku.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana aku juga berhak untuk bahagia seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu.Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, belum ku tahu isi hati mu, apakah kau juga merasakan perasaan ini atau hanya aku yang diulik mimpi bayangan Sang Putra?? Ketika bermunajat kepada Allah doaku tak pernah putus mohon agar diberi petunjuk dari Robb demi menjelaskan yang samar.Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.
Aku akan berasa amat bertuah menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Akan ku tinggalkan kisah pahit ku itu, akan ku ukir hidupku dengan senyuman ikhlas dalam ketabahan meniti hidup yang hambar seperti yang kau mahu. Demi Allah aku lakukan semua ini hanya kerana Allah..ya, benar inilah yang terpatri di dalam hati sejak Sang Putra singgah di lubuk hati ini sempat meninggalkan ku dengan sebaris ayat “cintailah saya kerana Allah..” inilah kata-kata keramat sebelum meninggalkan aku menemui cinta hakiki dan rindu abadi. Temani ku menjadi hamba-Nya yang qona’ah dan istiqomah, didiklah diri ku menjadi muslimah sejati akur perintah Allah, taat pada suami.

Aku juga
tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan
ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta
itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan
sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah naungan Allah
sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.
izinkan
aku menjadi makmum solat mu…terimalah aku sebagai ratu demi mengiringi langkah
mu ke syurga abadi.
“Subhanallah
aku menyintainya, Subhanallah aku menyayanginya dari ufuk timur hingga ke barat
selalu di hati ku…Ya Robb, tunjukkanlah cahaya kebenaran kerana bersama mu kan
bersemadi untuk selamanya.