Tuesday 28 April 2015

Serukan Cinta ku padanya


Umpama siang meneluskan pandangan,
Tidak tersembunyi di malam gelap,
Tidak perlu berteka-teki,
Merenung masa depan yang masih berbalam,
Termangu menatap mata mu..senyum mu,
Apakah kau bersama yang tersayang? Atau sedang keseorangan?
Jauh di sudut hatiku mengharapkan kau keseorangan..
Apa erti perasaan ku ini?
Aku ingin kau tahu aku sedang merindui mu,
Naluri ku rawan kerana mencintai mu,
Terpujuk jua hati galau ku tatkala kau menjelma di tubir mata ini,
Ar-Rahman telah membutakan mata keduniaan ku
Lalu dicelikkan seluruh pancaindera ku demi akhirat,
Ar-Rahim melindungiku dari seribu kemanisan yang dating merayu ku,
Ku lanjutkan setia tidak merunduk kepada kepalsuan meskipun pahit,
Kerana aku nantikan  sejuta kebahagiaan bersama mu di syurga,
Sesungguhnya kau adalah insan yang hatinya telah dibaluti rasa kasih,
Namun hasrat ku bagai terkurung,
Cetusan resah yang bertimpa amat meresahkan
Lama ia menunjangi hati ku hingga amat ampuh untuk disingkir,
Maaf atas kekurangan ku yang mencintai kesempurnaan mu,
Tenang di wajah mu perlahan membius cinta dalam diam,
Terkalin aku dengan tebakkan kasih dari Ilahi,duka lama kian bertaut kembali,
Sang putra ibarat pelangi yang ditelan langit nan luas,
Terhijab dari hidup ku,
Sedangkan diri mu umpama matahari sepanjang siang ku,
Dan persis bulan di waktu malam, ,
Ya Aziz sampaikan padanya bisikan hati ku,
Katakana padanyaizinkan aku mendiami sangkar hatinya,
Lengkapkan hatiku dengan kesempurnaannya,
Hanya kerana redha Mu ya Rabb,
Seru bisikan ku sebagai insan aku cinta kepadanya..
.
Mohd Farid B. Abdul Azis
                                                                                                               
Zara Faihanah,  
10 Rabiul’Akhi..