Mereka bilang aku insan tabah,
Tabahkah aku?
Setiap ketika dihambat rasa pilu,
Setiap detik jiwa ini terusik dek
kesedihan,
Bibir lesu mengukir senyuman menjadi
teman ketenangan,
Meskipun payah, perit duri derita
Namun setia ku menelan walau sakit,
Titisan hangat mengalir jua setelah
menakung lama di kolam
penderitaaan,
Ia bukan titisan penyesalan,
Bukan juga kekecewaan,
Tapi demi mencari kebenaran &
menjejak semangat,
Dugaan….
Robb,
Tangan ku tadah setinggi harapan,
Memohon dari MU,
Kuatkan Iman hamba,
Teguhkan pendirian hamba yg makin
rapuh,
Robb..
Aku yakin janji MU bukan hanya
kata-kata,
Kerana aku pasti kalam MU akan terbukti
nanti,
Aku pasti bertemu pintu kebenaran,
& mengunci pintu derita…
Kerana kunci kebahagiaan pasti
ketemu..
Ciptaan
Zara Faihana..