Tuesday 11 March 2014

Bicara Ketabahan.....



Mereka katakan aku seorang insan  tabah...tabahkah aku,tepuk dada tanya hati.Jika aku 

seorang yang tabah ....mengapa setiap takungan mutiara jernih terbit dari kelopak bundar ku 

yang akhirnya menjadi titisan kesal ,deraian kesedihan dan linangan duka.Rintihan demi 

rintihan turut mengalir arus,Dalam jalanan yang panjang ku menanti sinar,namun penantian 

ku hanya sia-sia,aku putus asa.Jiwa ku melebur sebelum cair,patah sebelum 

reput.Penantian ku ini adalah penantian hamba yang redha da akur dengan qodo’ dan qadar 

NYA .... Jenuh sungguh ...... Namun dalam aku di selimuti kekelaman duka akhirnya aku 

tersedar.Sesungguhnya Dia telah menghulurkan sinar dan cahaya yang di iringi bintang 

gemerlapan di kala kegelapan,Maha Pemurah itu juga mengirimkan pelangi selepas gerimis 

..... Ya Rabbi .... alpa benar aku ini... Aku melayang entah ke dunia  mana di saat kaki ku 

memijak bumi Mu...Ya Rahman Ya Rahim berilah hamba Mu sehela hembusan Inayah 

Mu.Sekelumit kasih,secicip rahmat dan sedikit cahaya suci agar setiap nafas dan nadi ku 

berdenyut  dalam keimanan dan ketaqwaan ...aku ingin melabuhkan cinta ku pada Mu demi 

menguatkan kaki untuk melangkah di dunia ibu pancaroba dan demi mengorak tarian hidup 

menuju destinasi hakiki.Berbekalkan secangkir ketabahan yang telah Kau hulur buat ku , 

Kau lah Maha Penyayang ...... Kelak aku usah tangisi tentang bicara ini kerana Ilahi adalah 

sumber ketabahan ku....ALLAHUAKHBAR....


~~ Zarah faihana...