Surat Cinta buat Pahlawan Cintaku
Wahai insan yang memiliki hati luhur
dan yang setia pada cinta hanya pada yang Satu,
Assalammua’laikum, lihatlah cantiknya
awan mala mini persis gumpalan kapas yang memutih hatta bisa melembutkan
sekeping hati kelikir dan hujan yang mencurah seperti membasuh darah luka
semalam. Tebit Sang rembulan laksana membebat luka dengan senyuman di malam
yang kelam..Subhanallah ingin aku menjadi bintang yang setia berada di sisi
bulan biar cantiknya menjadi pujaan setiap yang melihat biar angin atau rebut
membadai dia tetap teguh di sisi bulan segalanya hanya kerana Allah.
duhai insan yang beriman andai kau
tahu saat ini aku amat merindui diri mu, rinduku seredup malam yang menyelimuti
alam dari hangatnya mentari tak siapa tahu hanya Pemilik ala mini yang Maha
mengetahui. Jiwa aku terpempan dengan satu perasaan yang luar biasa yang tak
terluah dengan kata-kata hanya berbicara di dalam hati tanpa suara, ia datang
tak diundang dan tak pergi bila diusir,
Perasaan ku bagai dihindik satu emosi
yang luar biasa,
Rasa cinta yang hangatnya bisa
membakar jiwa naïf ini,
Wahai orang yang teguh iman,
Andai kau tahy saat ini aku amat
merindui mu,
Merindui hati mu yang ikhlas,
Aku rindu bicara mu,
Aku rindu segala kekurangan mu
Hatta menghijab segala kelemahan mu
kerana kau amat sempurna bagi ku,
Kau tahu apa tang pernah aku rasa
satu ketika dulu kerana kauturut melalui fasa itu juga..sakit bukan?
cinta lama tertinggal jauh dari usia
kebangkitan ku semula, ya..setiap yang pergi tak akan kembali walau darah
menjadi galang ganti,
justeru aku bangkit dari kematian
hati dan kaulah Pahlawan cinta ku,
Duhai ummat Rasullullah yang baik
hatinya,
Mapirlah pesona mu bersama harapan
suci ku ini,
Aku benar-benar ingin menjadi yang
halal buat mu,
Aku sungguh-sungguh ingin menjadi
sebahagian dari hidup mu,
Tiada kekuatan untuk aku luahkan
kata-kata di hadapan mu,
Sekian lama aku tertunjam dalam ala
mini,
Bibirku gagal menzahirkan apa yang
tersirat sedangkan batin lantang
bersuara namun hany kebisuan yang tertinggal,
Jangan biarkan aku berlayar di alam tidak nyata,
Alam yang tak berdinding tak bermata,
menatap pesona mu yang ikhlas dikejauhan,
Bermadah kata namun bait-baitnya
terhumban ke gaung ketidakpastian,
Terpihit dek angin kekeliruan,
Sesedar aku di alam nyata segalanya
berkecai kau tiada lagi di tubir mata ini,
Suara mu lenyap dibawa mimpi yang
tiada berpenghujung,
Sungguh…ia amat terkesan di sanubari,
Wahai insan yang lembut hati,
Seandainya kau kau terbaca coretan
ini,
Kau anggaplah aku sedang duduk di
adapan mu dengan beningan mata penuh kerinduan sarat membendung cinta,
Ku mohon ampun kiranya aku tidak
layak bermadah begini,
Apatah lagi untuk memiliki insane se
baik diri mu,
Dalam rentang masa hayat ku ini aku ingin menjadi salah seorang bidadari
dambaan setiap hati yang beriman,
Kenikmatan dalam mentaati Sang cinta
suci seagung terbitnya fajar,
Sang cinta yang bakal menjadi
jambatan demi menemui keredhaan Pemberi cinta yang Maha Agung,
di sana terciptanya syurga buat kita
bercinta sampai selamanya…
Zara
Faihana,
20
Rejab 1436 Hijrah