Sunday 8 June 2014


senyuman di langit
Dibenak dia berfikir,

Dia mungkin hilang bila bersendirian,

Lalu dia coretkan madah ,

Ada sahaja bisikan jahat menerjah iman,

Lantas berputus asa,

Buruk perasaan yang membusung di hati,

Dunia bukanlah segalanya,

Dia bukan dirinya lagi,

Dia mengemudi bahteranya,

Demi udara untuk terus bernadi,

Biarpun angin kencang gagah bernafas,

Menggendong beribu doa mencari diri,

Kini dia peroleh cahaya dan dirinya kembali,

Rupa-rupanya dia tidak keseorangan,

Tidak perlukan simpati mahupun penyelamat,

Doa yang berpanjangan sepanjang perjalanan,

Berhenti seketika untuk bersabar di bawah pohon keimanan,

Dia melihat langit air matanya kering,

Terukir senyuman diwajah yang tenang,

Bersalaman selamat tinggal segala kebimbangannya,

Melangkah jauh mengejar cita-cita duni akhirat,

Telah dia buang segala kekurangan

Yang melapok menunaskan kelemahan,

Hari ini dia hargai segala anugerah,

Dia terus berharap restu dan redha Ilahi,

Dan dia adalah aku….

8 jun 2014

9 syaaban 1435