Friday 1 August 2014


Diskriminasi Apakah Ini Puan??

30 Julai 2014

Buat kesekian kali aku dipanggil untuk interview tapi kali ni lain sikit dengan jawatan yang aku apply dulu. Menjawat jawatan dalam sector kerajaan adalah impian setiap rakyat Malaysia tak kira la walau jawatan PAR sekalipun tapi tetap kerajaan kan..sebelum ni aku Cuma cuba nasib untuk menjadi guru tapi tak kesampaian tapi akhirnya Allah beri aku peluang bekerja sebagai petugas di PDK Permata walau hanya untuk beberapa bulan Alhamdulillah..
Waktu temuduga ialah 10.00am dengan izin Allah aku sampai di Putrajaya sebelum pukul 10.00am. Ramai calon-calon temuduga sedang sibuk mendaftarkan diri mengikut jawatan masing-masing aku cuba mencari-cari mana  la tahu ada yang aku kenal tapi tak ada pun. Ketika aku memasuki sebuah bilik yang telah ditunjuk oleh urusetia aku tengok ada bayak kerusi yang disusun berbaris-baris mengikut no. Bilik temuduga dan di hadapan kerusi-kerusi tersebut ada sebaris meja yang telah diduduki oleh urusetia yang ditugaskan untuk check sijil para calon mereka akan panggil “calon bilik nombor tujuh!” aku pun bergegas menuju ke meja hadapan dan menyerahkan fail sijil untuk di check. Cik Puan tersebut meneliti sijil-sijil ku lantas dia bertanya “awak OKU apa ye?” aku rasa pelik tak nampakkah beliau dalam kad OKU Photostat ku telah dinyatakan OkU Penglihatan rabunkah beliau?? Aku pun menjawap dengan penuh sopan “Penglihatan..puan..” kemudian dia bersuara lagi “Oo..jadi awak tak bekerja la sekarang ye?” “what!” dia cakap aku tak bekerja? Dengan wajah cute ku aku pun jawap “saya sedang bekerja di sebuah company swasta”. Setelah beliau selesai mengumpul semua fail-fail calon untuk dihantar ke bilik temuduga yang sebenarnya beliau menyusun calon-calon yang akan masuk ke bilik no. 7. Sesi temuduga ni lain sikit selalu interview calon masuk sorang-sorang tapi kali ni beramai-ramai..enam orang sekaligus masuk. Aku baru sedar dalam enam-enam calon ni aku sorang je OKU rupa-rupanya em..kat dalam bilik temuduga tu memang dah ada enam kerusi pun so aku mencantikkan diri duduk dengan penuh sopan Oo..ada dua interviewer kat depan eh kkenapa aku tak rasa nervous? Mungkin sebab ramai kot.. interviewer pun minta kami introduce diri masing-masing sampai la turn aku dengan penuh confidentnya aku pun memulakan bicara em..aku tahu tak ramai yang tahu pasal Parsley blind so aku pun share la serba sedikit tentang OKU penglihatan yang ada banyak kategori. Sekali lagi aku diasak pertanyaan yang sama “so awak tak bekerja la sekarang ni ye?” dengan penuh manis aku pun menjawap “saya sedang bekerja di sebuah company swasta” mereka seperti ingin tahu company mana yang nak ambil aku bekerja ni? “syarikat mana awak bekerja?” “saya bekerja di Dialogue in the Dark” jawap ku ringkas tujuan ku untuk buat dorang lagi carious hehe “Dialogue in the dark apa tu, boleh awak terangkan sikit?” aku pun menerangkan serba sedikit tentang DID pada dorang “apa jawatan awak kat sana?” dengan tersenyum aku menjawab “saya sebagai traner” maka membutang la mata-mata celik di dalam bilik tersebut “awak masih traning atau awak traning orang?” dengan tenang aku jawab “saya latih orang cik”. Lantas interviewer wanita itu pun bertanya pada ku “macam ni la ye seandainya awak dapat jawatan ni awak mampu ke?” aku agak blur bila dia Tanya soalan macam ni.. “maksud puan?” aku membalas dengan pertanyaan kembali “maksud saya jawatan ni awak perlu pergi ke sekolah-sekolah..” em..aku masih blur apa kena mengena sekolah dengan kerja yang bakal aku sandang? Aku pun Tanya semula “kenapa ye puan dengan sekolah-sekolah tu?” lalu puan tu pun jawap “yelah sekolah-sekolah kan banyak tangga. Awak boleh ke nak naik tangga-tangga sekolah?” saat mendengar soalan tu hati ku seperti dipukul-pukul aku rasa macam nak keluar dari bilik temuduga tu tapi sebagai muslim yang professional aku hanya tersenyum dan menceritakan sedikit tentang pekerjaan aku sekarang sangat berbeza dengan syarikat di luar sana di mana mereka mengambil oku penglihatan bekerja menjadi seorang yang professional kami bukan sahaja dilatih menjadi professional malah kami dilatih untuk menjadi oku yang sangat independent dan tidak bergantung hidup dengan orang. Sejak aku bekerja di DID aku dah pandai menggunakan public transport dan sejak itu aku belajar macam skills. Aku belajar language skill, social skill, business skill dan banyak lagi walaupun aku dilatih dengan banyak skills ada satu yang perlu ada dalam diri aku tetap merendah diri biarlah serendah mana orang nak pandang kita tapi pada pandangan Allah kita semua sama yang membezakan kita hanya iman kita. Aku teringat detik-detik aku menjadi petugas PDK Permata semasa interview puan yang interview aku tu pun Tanya soalan yang sama macam interview baru-baru ni soalan dia lebih kurang macam nin”awak boleh ke angkat-angkat barang?” ada lagi satu soalan “awak boleh ke dating kat JKM wilayah pukul 7.00am setiap kali ada event?” what kind of question is this? Tahukah dia bahawa lima bulan aku bekerja di PDK tersebut hanya satu bulan sahaja aku dibayar? Aku tak dibayar gaji kemudian aku diarahkan penyelia untuk mengikuti program-program PDK di Putrajaya Oh no I’m not that stupid! Lima bulan aku bertahan han ya kerana anak-anak PDK sebab aku sayangkan mereka aku sangat hargai mereka  biarpun ada yang dengki dengan aku tapi aku tetap hadir untuk mengajar sampailah saat akhir aku disingkirkan. Deskriminasi mata hati mereka terhijab untuk melihat kebolehan dan capability oku itu sendiri so pasal temuduga tu aku tak berharap sangat pun untuk dapat yela masa interview tu pun ada lima calon celik tak kan nak pilih aku oku penglihatan pulak kan..lagi pun aku dah stabil kerja dengan DID tak dapat pun aku tak ralat de... Kepada puan-puan yang berkenaan ribuan terima kasih aku ucapkan kerana sudi menduga dengan soalan2 yang mencabar imanku..

 Sesungguhnya kita berpijak di tanah dan berlindung di bawah langit Allah yang ama maka kita adalah sama dipandangan mata Allah ingatlah bumi ini bulat hari ini kamu edihkan hati orang dan tak mutahil kelak benda yang sama akan berlaku pada kamu jua, ampunkan... aku dan saudara seiman ku ini ya Allah kami ini hamba MU yang daif Kau rahmati dan berilah petunjuk MU agar kami bersatu demi Yang SATU .... Wassalam.

Sang rerama...