Tuesday 18 August 2015

Surat Cinta buat Pahlawan Cintaku

Wahai insan yang memiliki hati luhur dan yang setia pada cinta hanya pada yang Satu,
Assalammua’laikum, lihatlah cantiknya awan mala mini persis gumpalan kapas yang memutih hatta bisa melembutkan sekeping hati kelikir dan hujan yang mencurah seperti membasuh darah luka semalam. Tebit Sang rembulan laksana membebat luka dengan senyuman di malam yang kelam..Subhanallah ingin aku menjadi bintang yang setia berada di sisi bulan biar cantiknya menjadi pujaan setiap yang melihat biar angin atau rebut membadai dia tetap teguh di sisi bulan segalanya hanya kerana Allah.
duhai insan yang beriman andai kau tahu saat ini aku amat merindui diri mu, rinduku seredup malam yang menyelimuti alam dari hangatnya mentari tak siapa tahu hanya Pemilik ala mini yang Maha mengetahui. Jiwa aku terpempan dengan satu perasaan yang luar biasa yang tak terluah dengan kata-kata hanya berbicara di dalam hati tanpa suara, ia datang tak diundang dan tak pergi bila diusir,
Perasaan ku bagai dihindik satu emosi yang luar biasa,
Rasa cinta yang hangatnya bisa membakar jiwa naïf ini,
Wahai orang yang teguh iman,
Andai kau tahy saat ini aku amat merindui mu,
Merindui hati mu yang ikhlas,
Aku rindu bicara mu,
Aku rindu  segala kekurangan mu
Hatta menghijab segala kelemahan mu kerana kau amat sempurna bagi ku,
Kau tahu apa tang pernah aku rasa satu ketika dulu kerana kauturut melalui fasa itu juga..sakit bukan?
cinta lama tertinggal jauh dari usia kebangkitan ku semula, ya..setiap yang pergi tak akan kembali walau darah menjadi galang ganti,
justeru aku bangkit dari kematian hati dan kaulah Pahlawan cinta ku,

Duhai ummat Rasullullah yang baik hatinya,
Mapirlah pesona mu bersama harapan suci ku ini,
Aku benar-benar ingin menjadi yang halal buat mu,
Aku sungguh-sungguh ingin menjadi sebahagian dari hidup mu,
Tiada kekuatan untuk aku luahkan kata-kata di hadapan mu,
Sekian lama aku tertunjam dalam ala mini,
Bibirku gagal menzahirkan apa yang tersirat sedangkan batin  lantang bersuara namun hany kebisuan  yang tertinggal,
Jangan biarkan aku berlayar  di alam tidak nyata,
Alam yang tak berdinding tak bermata, menatap pesona mu yang ikhlas dikejauhan,
Bermadah kata namun bait-baitnya terhumban  ke gaung ketidakpastian,
Terpihit dek angin kekeliruan,
Sesedar aku di alam nyata segalanya berkecai kau tiada lagi di tubir mata ini,
Suara mu lenyap dibawa mimpi yang tiada berpenghujung,
Sungguh…ia amat terkesan di sanubari,

Wahai insan yang lembut hati,
Seandainya kau kau terbaca coretan ini,
Kau anggaplah aku sedang duduk di adapan mu dengan beningan mata penuh kerinduan sarat membendung cinta,
Ku mohon ampun kiranya aku tidak layak bermadah begini,
Apatah lagi untuk memiliki insane se baik diri mu,
Dalam rentang masa hayat ku  ini aku ingin menjadi salah seorang bidadari dambaan setiap hati yang beriman,
Kenikmatan dalam mentaati Sang cinta suci seagung terbitnya fajar,
Sang cinta yang bakal menjadi jambatan demi menemui keredhaan Pemberi cinta yang Maha Agung,
di sana terciptanya syurga buat kita bercinta sampai selamanya…

                                                                   Zara Faihana,
                                                                   20 Rejab 1436 Hijrah