Wednesday, 27 June 2012

♥ Pasti ketemu...


Mereka bilang aku insan  tabah,

Tabahkah aku?

Setiap ketika dihambat rasa pilu,

Setiap detik jiwa ini terusik dek kesedihan,

Bibir lesu mengukir senyuman menjadi teman ketenangan,

Meskipun payah, perit duri derita

Namun setia ku menelan walau sakit,

Titisan hangat mengalir jua setelah menakung lama di kolam 

penderitaaan,

Ia bukan titisan penyesalan,

Bukan juga kekecewaan,

Tapi demi mencari kebenaran & menjejak semangat,

Dugaan….

Robb,

Tangan ku tadah setinggi harapan,

Memohon dari MU,

Kuatkan Iman hamba,

Teguhkan pendirian hamba yg makin rapuh,

Robb..

Aku yakin janji MU bukan hanya kata-kata,

Kerana aku pasti kalam MU akan terbukti nanti,

Aku pasti bertemu pintu kebenaran,

& mengunci pintu derita…

Kerana kunci kebahagiaan pasti ketemu..


   Ciptaan
Zara Faihana..


No comments:

Post a Comment