Sunday 23 November 2014

Memburu Ikhlas

Assalammualaikum,

Memang islam itu indah sekiranya kita pelajari, kenali dan Islam itu menjadi lebih indah sekiranya kita amal dan kita praktikkan di dalam kehidupan kita mudah-mudahan apa yang kita perkatakan selama ini bukan hanya kita perkatakan tapi mudah-mudahan Allah memberikan hidayah dan taufeqNya yang dapat dikotakan dalam kehidupan kita. Marilah kita menghargai dan mensyukuri nikmat kehidupan ini dengan kita memanafaatkan kehidupan seluruhnya selaras dengan kehendak Allah memberi kehidupan ini untuk kita kerana Allah tidak mencipta kehidupan ini dengan sia-sia tetapi ada makna dan ada tujuan yang besar disebalik penghidupan dan kehidupan diberikan kepada kita. Mudah-mudahan kita dapat teguhkan tekad kita menjadi hamba Allah yang baik dan menjadi khalifah yang memberi kebaikan.
Teringat akan cerita zaman Rasul dahulu, salah seorang sahabat Rasullullah S.A.W yang bernama Abu Dardaq beliau telah tua usianya tetapi waktu tua usianya beliau menanam satu pokok yang berbuah. Pokok tersebut dijangka berbuah dianggarkan dengan usia beliau mungkin tidak sempat dan mengambil masa yang sangat lama untuk berbuah sedangkan usia Abu Dardaq ketika itu sudah lanjut. Ketika ditanya perlakuannya mengapa beliau menanam pokok ini sedangkan sudah hampir pasti dia tidak akan merasai hasil dari pokok tersebut. Abu Dardaq menanam pokok ini untuk buahnya dimakan oleh generasi yang akan datang seperti mana aku telah makan buah dari pokok yang ditanam oleh generasi sebelum ku”.

Jadi dari situlah kita lihat orang Islam apabila kita berpegang prinsip hidup sebagai khalifah iaitu dengan memberi kebaikan dan kebaikan itu dapat melihat hidup dengan focus dan serius. Apa sahaja yang kita buat walaupun dengan keadaan keceriaan atau walaupun dalam keadaan gembira tetapi jangan sampai kita tidak serius dan kita tidak focus dalam kehidupan kita kerana hidup ini hanya sekali tidak ada duanya. Hidup di dunia ini hanya sekali dan sekali ini perlu kita manfaatkan supaya kita benar-benar mencapai kebahagiaan dan kejayaan di akhirat.Jadi sebab itu apabila  kita nak merasakan ibadah sebagai hamba Allah ataupun kita nak member kebaikan sebagai khalifah maka kita nak bahawa amal itu atau amal soleh itu di nilai oleh Allah S.W.T sekiranya amalan itu kita tidak dinilai oleh Allah maka amalan itu akan dikatakan dalam Al-quran “menjadi debu-debu yang berterbangan ´kita ingat banyak dah amalan kita tetapi apabila dinilai oleh Allah di akhirat nanti dia mengumpamakan sebagai debu-debu yang berterbangan ..mengapa? kerana tidak adanya keikhlasan di sinilah relavent dan sicnifican tentang topic yang ingin kita bincangkan iaitu ikhlas.

Ikhlas adalah roh bagi ibadah macam kita ni roh kita adalah nyawa kita. Bila tak ada nyawa kita mati kita pun menjadi bangkai begitu juga apabila amalan yang tidak ada ikhlas maka amalan itu umpama bangkai yang tidak ada nilai di sisi Allah sedangkan kita melihat keikhlasan itu akan menjamin kebahagiaan dan kejayaan kita bukan sahaja di akhirat tetapi di dunia juga. Orang yang ikhlas adalah orang yang dekat dengan Allah, orang yang berbuat sesuatu kerana  Allah. Ikhlas ada kekuatan bila seseorang itu ikhlas ‘lillah hitaala’ nanti dia berkerja dengan Allah. Kehidupan ini dikatakan kena ada kekuatan dan kekuatan sebenarnya bila kita bersandar kepada   sesuatu yang maha Perkasa dan Maha kuat iaitu Allah . selalu dikatakan “when God is your friend, who is your enemy?” itu satu kekuatan, yang kedua orang yang ikhlas dia akan dapat ketenangan dalam hidupnya jadi hati kita yang sentiasa dibolak-balik dengan ujian-ujian hidup sabar dan syukur itu umpama roda yang menuju kehadapan yang mana apabila kita memburu kekayaan hati kita tidak memerlukan lagi dan kita tidak akan digelisahkan lagi ataupun diresahkan oleh ujian-ujian yang datang silih berganti. Orang-orang yang merasa kekayaan di dalam hati ini dia rasa tidak memiliki dan tidak dimemiliki itulah kemerdekaan kekayaan yang sejati . kita tidak memiliki hak Allah dan kita tidak dimiliki selain Allah Subhanallah..jadi bila kita akrab dengan Allah yang Maha Kaya InsyaAllah Allah akan memberi kekayaan kepada kita kelak.
bergerak kehadapan menuju Allah. Jadi orang yang dapat sabar dan syukur adalah orang yang zikir dan sentiasa mengingati Allah, orang yang ikhlas InsyaAllah orang yang mengingati Allah dan di sana ada ketenangan. Pertama kekuatan, kedua ketenangan dan yang ketiga ialah bila orang yang ikhlas ini dia akan ada sifat kekayaan, kekayaan sebenar ialah kekayaan hati
Justeru apa yang kita bincangkan hari ini jangan menunggu untuk ikhlas tetapi marilah kita memburu keikhlasan. Subhanallah di dalam hadis-hadis yang panjang tentang keikhlasa kita takut sebab bila kita baca tentang ikhlas ini sungguh kita akan rasa gerun sebab tak ada nilai langsung telah dipaparkan dalam hadith yang panjang bagaimana seorang yang syahid yang mengorbankan nyawa sebuah hadith diletakkan kisah seorang pahlawan  bila ditanya oleh Allah  “mengapa dia mengorbankan nyawa?” dia jawab kerana Allah tapi Allah kata bukan sebenarnya dia hanya nak menunjukkan keberaniaannya maka diseret dengan keadaan muka yang terbalik dalam neraka. Begitu juga orang yang ada ilmu dan pandai membaca quran hanya nak dikenali sebagai ulamak atau qari maka golongan ini juga tertolak amalannya dan begitu juga orang yang ada harta dia mengorbankan hartanya kerana Allah katanya tetapi Allah kata bukan hanya untuk dikenali orang yang dermawan maka dia juga akhirnya diseret dengan muka yang terbalik di dalam neraka, ini orang yang tersasar niatnya. Seorang sahabat bertanya “Ya Rasullullah S.A.W bagaimana untuk aku beramal demi mencari keredhaan Allah tetapi hatiku ingin juga  mengharap juga perhatian daripada orang lain , jika tadi memang tersasar terus tapi ini sudah bercampur-campur. Dia melakukan sesuatu untuk mendapat keredhaan Allah tapi dia juga mengharapkan pujian orang lain , Rasullullah terdiam apabila ditanya soalan ini sehinggalah Allah menurunkan firmanNya “barangsiapa yang inginkan pertemuan yang bertemu dengan Allah dalam keadaan  diredhai maka dia perlu beramal ibadah dan dia tidak boleh syirik walau sedikit pun dengan yang lain” kita merasa takut sebab kadang kadang dalam hidup kita walaupun kita berusaha tapi terselit juga mengharapkan pujian dan contohnya kita memberi nasihat di dalam media social kita mengharapkan orang akan respon dengan apa yang kita kongsikan  dengan apa yang kita post kita tidak melihat lagi perhatian dari Allah apabila tidak dihargai oleh manusia baru kita tahu semuanya kerana ikhlas. Bagaimana kita nak buru keikhlasan dengan kerja terbaik bila kita kata tentang ikhlas dia ada kaitan dengan ehsan dan bila ada ikhlas mesti ada itqon ikhlas akan menjana ehsan dan ikhlas juga akan menjana itqon, ehsan dalam hadith kita beramal kita merasai seolah kita melihat Allah tapi kalau kita tak dapat merasai kita melihat Allah tetapi kita mesti merasai kita dilihat Allah itulah ehsan. Bila seorang itu ikhlas dia rasa ada ehsan. Bila seorang itu merasa ehsan “feeling of God in you” dia rasa dilihat oleh Allah itu lebih kuat daripada diawasi di cctv atau diawasi oleh penyelia  ataupun boss tak pun KPI kita di tempat kerja tetapi itu semua dari luar ke dalam ikhlas ini sebaliknya bukan ‘outside in’ tetapi ‘inside out’ satu yang lebih hakiki kerana cctv mungkin rosak dan boss kita hanya boleh nampak apa di depan matanya tapi di belakang dia tak mampu nampak cuba kita lihat orang yang ada rasa ehsan contohnya Imam Malik menulis kitab betul-betul menulis kerana Allah dan keikhlasan itulah yang akan berkekalan apabila beliau membuat satu pekara. Imam Malik menulis kitab itu dengan ikhlas maka itu memberikan beliau satu ketelitian hingga daripada 10ribu hadith disaring tujuh ribu dan tinggal tiga ribu sahaja beliau akan solat istikharah dan hajat sebelum memulakan kerja untuk membuat perbandingan .Kita pun kadang-kadang tulis hanya dua atau tiga kali tapi bayangkan kita tidak melakukan solat istikharah dan solat hajat itulah Imam Malik beliau sangat teliti. Mengapa dia ehsan?  Bukan kerana royalty bukan kerana pujian manusia tetapi kerana Allah. Kita selalu terlepas pandang dalam kehidupan moden hari ini hanya bergantung pada ganjaran tetapi soal keikhlasan dan keimanan ini sebenarnya perlu kerana kita seorang islam dan ini kekuatan kita tetapi kenapa kita pinggirkan sedangkan kita ada sesuatu yang lebih pemantauan-pemantauan dari luar .

               Ehsan ini yang mengelakkan penyelewengan kita tidak akan berbuat sesuatu yang menyalahi perintah Allah atau yang menyalahi undang-undang, contohya kita tak akan curi masa dan sebagainya. Kita lihat betapa ikhlasnya gembala kambing yang masih anak kecil apabila Saidina Umar ceritanya telah diketahui semua orang. Saidina Umar menyuruh jualkan sahaja kambing ini dan “Katakan kepada tuan mu, kambing ini telah dimakan serigala” lalu gembala itu pun berkata “di mana Allah?”. Ertinya walaupun dia bekerja di tengah padang pasir tidak ada pemantauan tetapi dia rasai sentiasa diawasi oleh Allah. Kalau kita lihat orang yang ikhlas ini dia akan bekerja secara optimum secara kegigihan, teringat akan kata-kata Saidina Umar Al-khatab katanya “macam mana aku nak tidur, kurang tidur pada waktu malam dan juga siang sebab aku rasa jika aku tidur waktu malam urusan dengan Allah tidak selesai kalau tidur di waktu siang urusan ku dengan manusia tidak selesai”. Orang yang ikhlas kerjanya tidak berkira, “malam dan siang bkerja untuk kamu maka bekerjalah kamu pada masa yang kedua itu”  matahari dicipta oleh Allah untuk berkhidmat kepada manusia dan seluruh alam semesta ini dicipta oleh Allah untuk memberi kebaikan kepada manusia tetapi kenapa pula kita diciptakan? Kita dicipta sebagai khalifah Allah beri segala kemudahan dan seluruh manafaat dunia ini untuk kita memberi kebaikan kepada orang lain dan itulah tujuannya malam dan siang diciptakan untuk kamu maka bekerjalah kamu dalam masa keduanya .                

No comments:

Post a Comment