Thursday 2 February 2017


Gurindam Rasa….

Nakhoda bahtera memasang layar,
Layar terpasang diikat jerami,,
Gerangan hampa bertanya khabar,
Adakah mukim sudah berpenghuni.

Malam temasya disambut meriah,
Meriah denganlangkah tari-menari,
Makan sirih mulut Tak merah,
Tampuk ku dapat pinang belum ku cari,

Gugurnya syuhadah dinanti bidadari,
Suaranya berbisik memuji Tuhan,
galau jauh sesidip jari,,
memburu mergas terbang sendirian.

lanjutnya tuan terserlah garit,
Garit tersorok seribu rahsia,
Dibiar ngilu disapu perit,
Luka di jari mencari bebatnya

Cahaya mentari menerjah tingkap,
Udara pagi serasa aman,
Dunia  terhijab akhirat tersingkap,
Kias balqis rindu bijaknya sulaiman

Tuan baca puisi sepintas lalu,
Puisi dikaraang menjadi bingkisan,
Nak ku ungkap terasa malu,
Lantas hamba kirimkan utusan.

Anak tupai pandai memanjat,
Memanjat pohon tinggi beranting,
Hujan lebat dah lama segat,
Namun  jemuran tak kering-kering.

Ratu di serambi terasa berdebar,
Berdebar menunggu laksamana bentan,
Utusan dahpun ku hantar,
Hanya menanti apa jawapan?

Inang menghias Puteri Indah,
Puteri berasal kayangan puncak,
Bersolek sudah bersanggul pun sudah,
Entah cantikkah entahkah tidak.

petang hari memikat  kedidi,
 kedidi terlepas dari genggaman,
andai cantik untunglah diri,
jika buruk dikesal jangan.

Dayang memetik bunga sekuntum,
Buat perhiasan si seri muka,
Pandan disimpul penaik harum,
Tampak enak manis tiada.

sepurnama betapa di dalam gua,
Gua terletak di gunung tahan,
Jenuh ku seru belum bersua,
Apakah mimpi masih terkesan??

Mengikat mawar merah berangkai-rangkai,
Menjadi sanggul dara pujaan,
Biar bergayut emas buat ku pakai,
Namun perak juga menjadi pilihan.

Budak-budak ralit mengutip kerang,
Tak perasan ketam mengetip kaki,
Usah tuan suluh ditempat terang,
Hamba rimas hendak berteka-teki.

chempaka kuning gugur berserak-serak,
 dalam bakul sekuntum semerbak haruman,
Usah diturutkan resminya merak,
Dosa dipikul pahala berciciran

 hilangsepatu jalan terjengkit-jengkit,
Jalan terjengkit hingga ke kampong lama,
Rezeki dikongsi mengapa diungkit?,
Kan elok rahmat Tuhan diagih bersama

Senang petani pergi ke sawah,
Sepakat bersatu tak mahu berbalah,
Rebah bangsa terputus tali ukhuwah,
Muliakan persaudaraan kerana Allah.

Lebat hujan membasuhi bumi,
Bumi berdebu dengan dosa,
Mengapa tuan mahu dikagumi,
Semua pasti kembali pada Allah juga.


Sesat jauh ke dalam rimba,
Makan bekal cekodok pisang,
Tak kan perigi mencari timba,
Mustahil ayam mengejar musang


Hati berdebar susah beradu
Terlena jua berbantalkan kain,  ,,
Usah terlalu menabur rindu,
 kelak berpulau ditempat lain.

Mentari menyinar ceria kelak,
Mengapa hujan juga dinanti?,
Bukan hati hamba tak sualak,
Namun hujanlah penyejuk diri.


~~~ Zara Faihana

No comments:

Post a Comment