Sunday 12 February 2017

Ego dan kebodohan

Nur melirikkan anak mata ke arah jam tanganya, tepat pukul 6.20 petang.
"Train penuh hari ni.." gumam Nur sambil menyandarkan diri di dinding escalator stesen LRT KLCC.fikirannya kosong saat ini mungkin sebab kelesuan ketika kerja. Lima minit berlalu berkelip-kelip lampu LRT yang akan tiba. Semua orang bersiap sedia beratur di belakang kuning tatkala pintu LRT terkuak maka berduyun-duyun manusia keluar dari perut coach dan yang sedang beratur berebut-rebut masuk ke dalam, tapi Nur tidak begitu..dia tak suka berebut untuk dapat tempat duduk, Nur hanya berdiri di hadapan pintu LRT mujur ada palang besi untuk dia berpaut untuk mengimbangkan diri ketika LRT bergerak pantas.
Kring..kring..kring.. telefon pintar Nur berdering, Nur menarik sedikit zip handbag nya kemudian menyelup tangannya ke dalam pocket kecil tempat dia menyimpan telefon pintarnyaa.
"Fakri.." perlahan suara Nur menyebut nama itu namun dalam hatinya menjerit bertanya apa gerangan lelaki itu menghubunginya? Meledak hatinya tatkala wajah Fakri terbayang-bayang di tubir mata segera dihempaskan ingatan itu berkecai, lantas mematikan telefon pintarnya. Sakit hati!

Imbas kembali.

"Sampai hati family awak tolak pinangan saya.." keluh Fakri berwajah muram. Nur  yang duduk di hadapan Fakri hanya mendiamkan diri tapi otaknya ligat berfikir apa rasionalnya tindakkan keluarganya menolak pinangan Fakri.
"Teruk sangat ke saya ni? Family awak memang mata duitan!" Fakri menuduh keluarga Nur tanpa berfikir akibatnya.
"Keluarga sya bukan mata duitan..keluarga saya tak pandang semua tu.." tingkah Nur membela keluarganya, dalam kelembutan ada tegasnya di situ.
"Habis tu apa? Memilih menantu.. ke ada calon lain untuk awak?" Tuduhan Fakri ke atas keluarga Nur ibarat peluru yang terkena sasarannya. Pedih!
"Kenapa tuduh keluarga saya macam tusekali? Cuba muhasabah diri awak tu sikit.." Kesabaran Nur masih terkawal, dia cuba tenangkan diri bila berdepan dengan lelaki ego itu. Kemarahan itu nafas syaitan andai tidak dikawal bimbang Nur akan lakukan sesuatu luar jangkaannya.
"Muhasabah? Awak tu yang patutnya muhasabah diri tau tak?!" Fakri mulai meninggikan nadanya.
"Keluarga awak patut bersyukur ada lelaki yang masih nak kat anak dia yang macam ni..!" Fakri sambil menunding jari ke arah Nur. Mata Nur mulai berkaca, tersayat hatinya bila dikecam begitu. Ingin saja dia menumbuk lelaki di depannya itu.
"Awak hina saya?" Soal Nur pendek. Bukankah cinta itu suci dari syurga? Tak seharusnya ia tak dicemari kata-kata cerca mahupun hinaan. Nur dambakan sebuah penjelasan.
"Bukan hina tapi luahan hati..awak tau tak kawan adik saya menangis bila dapat tau saya nak pinang orang lain bukan dia.. "
"Habis tu, apasal tak meminang dia?" Mendidih darah Nur, Fakri benar-benar mencabar hatinya saat ini.
"Sebab saya cintakan awak bukan dia, walaupun awak..."
"OKU...sebab saya OKU kan?" Pintas Nur, sekarang tahulah dia isi hati Fakri..dimana dia di hati lelaki itu. Keputusan keluarganya menolak pinangan Fakri memang tepat sekali. Aku tak perlukan lelaki macam kau dalam hidup aku! Hanya Bergema di dalam hatinya.
"Ok, saya minta maaf, selama ni saya cemburu sebab ramai yang suka awak.." Fakri cuba membuka pekung sendiri.
"So, awak ingat saya ni perempuan murahan ke apa?"
"Bu..bukan..saya fikir sebab saya..."
"Sebab awak rasa awak lebih sempurna dari saya?" Nur menuga.
"Fakri, selama kita kenal, pernah tak saya minta duit awak? Pernah tak saya minta simpati awak? Tak pernah kan? Saya bukan peminta sedekah.."
"Saya tau.."
"Tak..awak tak tau apa-apa sebenarnya. Sekarang saya bagi tau ye, sebenarnya saya tak cintakan awak tapi bila awak nak lamar saya...saya rasa awak ikhlas dengan saya dan saya tolak tepi perasaan saya..dengan harapan cinta boleh datang lepas kawin.Dengan rendah hati saya minta maaf bagi pihak keluarga saya." akhirnya Nur meledakkan juga perasaannya, Fakri tergamam tidak terkata. Gadis yang dia kenali selama ini seorang yang ceria dan lemah lembut rupa-rupanya punyai sifat yang dia tidak tahu. Sangat tegas..
Nur bangun dari kerusi dan terus keluar dari Food Court NU Sentral, terkebil-kebil Fakri bila ditinggalkan.

Next station Bangsar..
"Haaa..Bangsar?!!" Nur tersedar lamunannya dan mengeluh panjang bila dia sedar sudah terlepas station, dia sepatutnya turundi KL Sentral tadi. Aduhai...
Terpaksalah Nur turun di station Bangsar dan bertukar train dari arah bertentangan untuk patah semula ke  KL Sentral.

Ketika turun escalator di NU Sentral.
"Nur!!" Suara itu dari tingkat satu ketika ini Nur  berada di Ground floor, Nur mendungak namun penglihatannya kurang jelas. Siapa? Getusnya Nur mengerut dahi, beberapa saat kemudian orang itu berada di hadapan Nur. Demi sahaja melihat orang itu langsung berubah wajah Nur yang tadi tenang kini walang. Fakri di depannya kini, baru Nur mahu berpaling cepat-cepat Fakri menghalang haluannya. Sudah tak kuasa untuk melayan lelaki kurang matang itu!
"Sudahlah...cukup-cukup la hina saya.." Nur berlagak tenang.
"Nur, saya nak minta maaf.."
"Saya dah maafkan awak, dah la... "
"Awak, mak saya mengharap sangat awak jadi menantu dia.." ujar Fakri dalam nada memujuk, pengharapan untuk Nur terima dirinya semula.
"Tak..saya lebih cintakan keluarga saya.." penolakkan yang sangat jelas dalam nada yang damai. Nur tahu Fakri cuba melemahkan hatinya dengan menyebut nama emaknya, Nur pernah berjumpa dengan kedua orang tua Fakri ketika dia di jemput ke rumah terbuka keluarga Fakri di Cheras. Fakri terkejut bila ayahnya sanggup mengeluarkan belanja seandainya Fakri ingin mengahwini Nur, sedangkan bapanya seorang yang cerewet terutama dalam memilih menantu. Isteri abangnya pun dulu hampir di rejet walhal isterinya seorang ustazah, suami kakak dia seorang askar juga bapanya tak suka tapi lain pula yang berlaku pada Nur. Bapanya berkenan untuk jadikan Nur menantu walau baru pertama kali jumpa. Pelik manusia ni..ah, yang baik tu mak bapa dia, bukan dia!
Ye, siapa sangka gadis low vision ini menjadi menantu pilihan orang tua Fakri, Maha Suci Allah.
Tapi peluang itu tiada lagi, Nur telah menutup pintu hatinya serapat-rapatnya buat Fakri.
Siapa yang bertahta di hati Nur....


-- Zara Faihana --
    13 Feb 2017



No comments:

Post a Comment