Wednesday 8 February 2017

Cinta di Cold Storage....

Selesai traning Nur terus keluar dengan Jannah untuk beli makanan tengahari walaupun agak lewat namun mereka sudah biasa. Kesibukan dia sebagai seorang trainer, Nur lebih suka beli makanan ringan dan yang menjimatkan masa. Sebelum keluar Nur sempat ambil pesanan kawan-kawannya yang masih belum habis training dan mungkin tak sempat untuk keluar makan, begitulah kebiasaannya rutin mereka bila ada workshop. Tengahari itu Nur dan Jannah pilih untuk ke Cold Storage sahaja sebab di situ ada pelbagai jenis makanan segera dan agak murah. Ketika Nur sedang mencari-cari kertas pembungkus dia disapa,
"Hai awak.."
"Hai.." Nur membalas.
"Awak, cari ni ke?" Tanya lelaki itu sambil menunjukkan kertas pembungkus di tangannya.
"Ye saya, terima kasih"  Nur terus menyambutnya dan terus mengambil roti kegemarannya masuk ke dalam pembungkus, seterusnya dia dan Jannah bersama-sama mencari apa yang dipesan oleh kawan mereka.
Sekali lagi Nur disapa.
"Hai awak, nak hit ayam tu ke?"
"Ye saya.." Nur membalas.
"Saya tolong awak ye.." lelaki tu terus ambil bakul dari tangan Nur dan membawanya ke tempat mikro wave ditempatkan.
"Eh, ta...tak ape, saya buat sendiri.." Nur cuba dapatkan kembali bakulnya tapi gagal.
"Abang ni buat susah-susah je tolong kitorang.." tiba-tiba Jannah mencelah.
"Tak susah la kak..kebetulan saya baru habis kerja"
"Apa, kakak? Eh, saya muda lagi la!" Marah Jannah.
"Eh, yeke? Saya pun tak tua lagi apa.." seloroh lelaki itu sambil menjeling ke arah Nur yang hanya tersenyum sahaja.
"Kak Nur, mamat ni poyo la" Jannah mecebik sementara lelaki itu pura-pura tak mendengar sambil menyusun makanan-makanan yang telah siap dipanaskan ke dalam bakul.
Nur hanya ketawa kecil melihat gelagat Jannah yang tak puas hati dari tadi.
"Nah..bakul awak.." lelaki itu menghulurkan bakul kepada Nur. 
"Terima kasih ye tolong kami" Nur berbasa basi.
"Ye, sama-sama awak..emm..awak baru kerja kat sini ke?" Tanya lelaki itu.
"Company kami baru pindah kat sini.."
"Ok, so boleh jumpa lagi la kan?"
"Err..maaf kami dah lambat" tingkah Nur sambil menuju ke kaunter.
"Terima kasih ye bang.." Jannah bersuara separuh melaung ketika berlari anak di belakang Nur.
"Ye sama-sama kak!" Lelaki itu membalas dengan melambaikan tangannya kepada mereka.
Sejak hari itu lelaki tersebut akan tunggu kedatangan Nur dan membantunya mencari barang yang ingin dibelinya. Nur senang dengan pertolongan lelaki itu tapi kadang-kadang Nur kurang selesa bila lelaki itu bertanyakan soalan yang agak peribadi.

"Eh, awak beli roti tu lagi?" Tegur lelaki itu tatkala ternampak Nur di tempat roti dan pizza.
"Ye, saya suka roti ni, awak tak ada kerja ke?" 
"Tengah kerja la ni awak..tetiba ternampak awak.."
"Oo yeke..." balas Nur sambil memanaskan roti ke dalam mikro wave.
"Emm..awak seorang je hari ni?"
"Ye saya.."
"Awak ni single ke dah berpunya ye?"
"Haaa,  kenapa awak nak tahu?" Pertanyaan dibalas dengan pertanyaan.
"Sebab ss..saya.." dia ingin beritahu sesuatu, tiba-tiba..
"Ahmad!!!" Nama dipanggil, mungkin Supervisor dia. Baru Nur tahu nama lelaki itu Ahmad.  Selama dia berjumpa dengan lelaki itu tak terfikir untuk tahu nama lelaki itu tapi hari ini dia sudah tahu.

Dua minggu kemudian..
Nur ke Cold Storage petang itu, disebabkan hari ini kemungkinan dia akan balik lambat sebab ada event, jadi Nur keluar untuk mencari apa-apa sebagai alas perut dan tenaga untuk sampai malam.  Nur ke bahagian coklat. Ketika ralit mencari coklat dia perasan ada orang lalu melintasi rak-rak makanan dan tiba-tiba bunyi derapan orang berlari, Nur tak mengendahkan  kerana sangka staff Cold Storage sedang membuat kerja mereka dan dia terus ke tempat makanan segar mencari yougart.
"Nur!!!" Nur terkejut bila namanya dipanggil.
"Awak.." rupa-rupanya Ahmad yang berlari tadi, tersenyum lebar dia sambil menatap mata coklat milik Nur.
"Mana awak pergi Nur, lama tak nampak?"
"Saya kena pergi Penang, baru je balik semalam.. "
"Rindu saya kat awak tau"
"Oo yeke?" Nur acuh tak acuh, baginya lelaki itu hanya ingin main-main tiada serius pada garit wajah Ahma

Sebulan berlalu..
"Assalamualaikum kak Nur.."" 
"Waalaikummussalam Jannah..apa khabar?" 
"Saya sihat je kak, akak macam mana..tempat baru ok tak?" Jannah bertanyakan khabar Nur sejak bertukar tempat kerja.
"Alhamdulillah semua baik-baik je.."
"Baguslah kalau macam tu..kak Nur, ada orang kirim salam rindu kat akak."
"Hahaha siapa tu, mesti Helina kn?" Nur meneka Helina teman sekerja mereka.
"Hish...auntie tu nak buat apa..ahmad la!"
"Ahmad?" Nur terdiam seketika, dia menarik nafas perlahan meluahkan keluhan kecil.  

Imbas kembali..
"Nur, saya ikhlas dengan awak.." ahmad memulakan bicara.
"Ye saya tahu, saya pun ikhlas berkawan dengan awak.." terang Nur sambil tersenyum.
"Bukan tu maksud saya..saya sukakan awak Nur.." tiga kata yang diperam akhirnya terluah, bimbang andai disimpan akan menjeruk rasa.
"Apa? Awak jangan nak bergurau boleh tak.." Nur masih berlagak tenang walau dalam hatinya saat ini dilanda kejutan dengan luahan lelaki itu.  Hentian bas petang itu terasa hangat walaupun hujan baru berhenti.
"Betul..saya dah lama perhatikan awak dari jauh awak je tak perasan. Sya jatuh hati dengan Nur.." 
"Jatuh hati? Kenal aku pun tak, esok kau dah tahu semua pasal aku..ada yang kau tak suka masa tu kau buang aku suka-suka hati kau je!  "
"Nur.." ahmad memanggil Nur sambil melambai-lambai tapak tangannya di depan wajah Nur. Rupa-rupanya dia mengalamun tadi.
"Erk..apa dia tadi?" Nur mula rasa rimas dengan tatapan lelaki itu. Baginya hmmm..lelaki tak ada yang serius! Cinta tu mahal nilainya.
"Saya cintakan awak.." sekali lagi tiga perkataan itu diulang dengan nada yang sangat gentle tapi sayang sikit pun tak mencairkan hati Nur.
"Err..maaf, saya tak dapat nak balas cinta awak sebab kita baru kenal kan?" Itu alasan yang selamat Nur rasakan saat ini. 
"Ok, saya faham..kita kenal-kenal dulu boleh?" Ahmad dirundung hampa.
"Insyaallah.." seraya Nur bangkit bila bas Rapid KL T628 berhenti depan perhentian bas. Ramai yang beratur nak naik bas, kesempatan yang ada Nur mohon maaf atas cinta yang tak dapat dibalasnya buat Ahmad. Lalu Nur terus naik ke dalam  bas.
Ahmad yang berdiri di bawah bumbung bus stop memandang Nur dengan sayu tapi tak sesayu hatinya ketika ini, awan kelabu di langit petang itu bagai mentafsir perasaannya. Sukar difahami tapi yang jelas cinta Ahmad bukan untuknya, Nur ada alasannya sendiri mengapa menolak cinta lelaki yang baik budi itu namun alasan itu cukuplah hanya dia sahaja yang tahu, buat peringatan dan pengajaran agar diri sentiasa sedar diri. Ahmad...tak perlu terangkan sebabnya bimbang akan mengundangkan simpati, cukup hanya beritahu yang aku belum terbuka hati untuk terima dia. 

"Kak Nur.." kedengaran suara Jannah di hujung talian. Berkecai lamunan Nur ditubir ingatan.
"Ye Jannah, akak ada kerja nak buat..nanti kita sembang lagi, ok?" Nur berselindung.
"Alaa..promise tau..nanti akak call Jannah.. " 
"Im promise.." dan..perbualan pun berakhir, saat ini rasa bersalah bagai memihit hatinya. Nur langsung tak berjumpa Ahmad pada hari terakhir dia di syarikat lama.  
Nur sengaja buat begitu, dia mahu luput dari ingatan Ahmad.
Nur..apa yang menggasak fikiran mu, bisikan apa yang bergema di hati mu dan siapa yang kau nanti?? 

Nurkilan Zara Faihana

7,January ,2017

No comments:

Post a Comment